TERKINI

:: INFO SISIPAN FT Kluang :: GITN = 1-300-88-2888

Untuk mendengar radio dikala anda boring,klik pada logo radio pilihan anda.

"Menyegarkan Halwa Telinga Anda"

Loading....

Bidang Tugas Juruteknik Komputer FT17

Posted by FADHIL Thursday, October 29, 2009

I. Senarai Tugas
1.
Membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan
penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti Sekolah Bestari seperti:

Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart
School Management System atau SSMS) untuk pengurusan
sekolah.

Penggunaan Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran
(Teaching Learning Materials atau TLM atau Courseware)
dalam pengajaran dan pembelajaran

Akses Internet
1.1
Melapor dan bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras
Bestari
1.2
Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan
dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian
router, modem dan sebagainya.
1.3
Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur teknologi
yang dibekalkan.
1.4
Membantu menyenggara kemudahan infrastruktur teknologi
yang dibekalkan.
1.5
Menjalankan penyenggaraan preventive
bagi peralatan IT
dan bukan IT.
1.6
Membantu mengurus akaun pengguna dan e-mel.
1.7
Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi
berada keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
1.8
Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran bilik di
mana kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
1.9
Memastikan garis panduan/peratuan/tatacara penggunaan
kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi.
1.10
Membantu menyediakan keperluan infrastrutur teknologi
untuk kegunaan guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti Sekolah
Bestari.

1.11
Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah
berkaitan dengan perkakasan, Sistem Pengoperasian
Rangkaian atau Perisian seperti Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran serta
menyelesaikan masalah tersebut.
1.12
Membantu merancang dan menguruskan pembelian bahan
habis guna (consumables).
1.13
Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan
komputer yang rosak.
2.
Memastikan keselamatan Kemudahan Infrastruktur Teknologi dan
Data
2.1
Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi
melalui langkah-langkah berikut:
2.1.1
Memastikan bilik pelayan hanya dimasuki oleh pihak
diberi kuasa sahaja
2.1.2
Memastikan alat hawadingin yang dibekalkan
berfungsi dengan baik
2.1.3
Memastikan alat pemadam api berada dalam
keadaan baik dan berada di tempat yang telah
dikenalpasti
2.2
Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah
berikut:
2.2.1
Memastikan komputer bebas dari virus
2.2.2
Membantu membuat backup
dan replikasi maklumat
apabila diarahkan oleh Guru Penyelaras Bestari.
3.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa.
Masa Bertugas

Tempoh masa bertugas adalah berdasarkan waktu pejabat.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2000)


Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Minggu Pertama dan Ketiga
A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Minggu Pertama dan Ketiga

Hari Waktu Bekerja
(Pagi)
Waktu Rehat Waktu Bekerja
(Petang)
Ahad-Rabu 8.00 -1.00 1.00 -2.00 2.00 -4.15
Khamis 8.00 -1.00 1.00 -2.00 2.00 -4.15

Minggu-minggu lain

Hari Waktu Bekerja
(Pagi)
Waktu Rehat Waktu Bekerja
(Petang)
Sabtu-Rabu 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00-4.15
Khamis 8.00 – 1.00


Hari Rehat Sabtu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan
(Masa bertugas mungkin perlu dilanjutkan bergantung kepada keperluan)
Kumpulan B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Minggu Pertama dan Ketiga

Hari Waktu Bekerja
(Pagi)
Waktu Rehat Waktu Bekerja
(Petang)
Isnin-Khamis 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00-4.30
Jumaat 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.45-4.30
Sabtu 8.00 – 12.50


Hari Rehat Sabtu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan
(Masa bertugas mungkin perlu dilanjutkan bergantung kepada keperluan)

0 comments

Post a Comment

MASA ITU EMAS

    PAGE FACEBOOK

    PAUTAN RAKAN SIBER SEKOLAH

    BERITA FT KLUANG

    NOTA INDUKSI / PEPERIKSAAN AWAM / PTK