TERKINI

:: INFO SISIPAN FT Kluang :: GITN = 1-300-88-2888

Untuk mendengar radio dikala anda boring,klik pada logo radio pilihan anda.

"Menyegarkan Halwa Telinga Anda"

Loading....
Showing posts with label Berita FT Kluang. Show all posts
Showing posts with label Berita FT Kluang. Show all posts

Pengumuman

Posted by FADHIL Wednesday, May 5, 2010 0 comments



Assalamualaikum....

Kehadapan rakan-rakan ft17 sekalian.. disini dukacita dimaklumkan bahawa , seorang sahabat kita iaitu saudara ROZAINI AZRIN BIN MANSIL (FT17) SK Kampung Melayu Kluang telah kembali ke Rahmatullah pada 2/5/2010 lalu. Beliau meninggal dunia kerana telah terbabit dalam kemalangan di Yong Peng sekembalinya dari Kuala Lumpur..

Pihak pengurusan mengucapkan salam takziah buat keluarga allahyarham diatas pemergiannya.

Segala kenangan dan memori antara allahyarham dan rakan2 ft diabadikan dalam ingatan.. Semoga beliau dicucuri rahmat dan mendapat lindungan daripada Allah S.W.T. Sekiranya ada terdapat salah dan silap allahyarham,sama-samalah kita memaafkan dan menghalalkan apa jua yang telah diberi. InsyaALLAH.

Bersama2lah kita membacakan surah Al-Fatihah dan pahalanya dihadiahkan kepada allahyarham. Amin.

Tempahan Jaket FT17 Kluang

Posted by FADHIL Tuesday, February 9, 2010 1 comments

Jaket Limited Edition FT17 Kluang telah berjaya dihasilkan. Tuan-puan bolehlah menilai dan seandainya berminat untuk membuat tempahan.. Sila maklumkan kepada saya.





Harga Jaket siap logo+nama korang

RM95

Upah Jahit Logo dan Nama Sahaja / Baju Sendiri

RM20

Cara Pembelian

1) Datang terus ke Sk Lelaki Bandar untuk ukur saiz badan
2) Bayaran Penuh
3) call 013-7505339 (sham)

Pasukan FT Paloh/Bandar Kluang


Perlawanan rancak berlangsung

Pergelutan antara pemain ft paloh/bandar kluang dengan ft renggam

Kluang, 15 Januari - Pada hari ini,perlawanan persahabatan antara pasukan ft paloh/bandar kluang dan ft renggam telah berlangsung dengan penuh dramatik. Perlawanan ini dilangsungkan adalah semata-mata untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ft-ft di daerah Kluang. Ft yang bermain pada perlawanan ini semuanya bersemangat tinggi. Ucapan sekalung penghargaan kepada ft paloh dan ft renggam dengan semangat persahabatan yang ditunjukkan oleh mereka,mereka sanggup datang jauh untuk beraksi pada perlawanan ini. Perlawanan bermula lebih kurang pukul 8.30 malam. Pada perlawanan ini,ft-ft menunjukan bakat sebenar mereka dengan menunjukan skills dan kepakaran masing-masing dalam merancakkan perlawanan ini. Kebanyakan ft-ft kluang yang bermain dalam perlanwan ini mempunyai bakat yang terpendam dalam permainan bola sepak. Tahniah. Perlawanan ini dianggap begitu sengit kerana masing-masing berbalas serangan. Keputusan perlawanan ini tidak dipastikan kerana masalah teknikal kerana tiada pengiraan khusus yang dibuat. Apa jua keputusan,bagi semua ft, itu tidaklah begitu penting tetapi nilai ikatan silaturahim itu adalah yang lebih diutamakan. Selain daripada untuk mengeratkan persahabatan dan silaturahim antara ft-ft daerah Kluang,perlawanan persahabatan ini juga adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerjaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat. Bersukan adalah gaya hidup yang sihat.


-- 1 ft kluang

Jadual Gaji 2010

Posted by FADHIL Monday, November 23, 2009 0 comments

MASA ITU EMAS

    PAGE FACEBOOK

    PAUTAN RAKAN SIBER SEKOLAH

    BERITA FT KLUANG

    NOTA INDUKSI / PEPERIKSAAN AWAM / PTK