Pergelutan antara pemain ft paloh/bandar kluang dengan ft renggam
Kluang, 15 Januari - Pada hari ini,perlawanan persahabatan antara pasukan ft paloh/bandar kluang dan ft renggam telah berlangsung dengan penuh dramatik. Perlawanan ini dilangsungkan adalah semata-mata untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ft-ft di daerah Kluang. Ft yang bermain pada perlawanan ini semuanya bersemangat tinggi. Ucapan sekalung penghargaan kepada ft paloh dan ft renggam dengan semangat persahabatan yang ditunjukkan oleh mereka,mereka sanggup datang jauh untuk beraksi pada perlawanan ini. Perlawanan bermula lebih kurang pukul 8.30 malam. Pada perlawanan ini,ft-ft menunjukan bakat sebenar mereka dengan menunjukan skills dan kepakaran masing-masing dalam merancakkan perlawanan ini. Kebanyakan ft-ft kluang yang bermain dalam perlanwan ini mempunyai bakat yang terpendam dalam permainan bola sepak. Tahniah. Perlawanan ini dianggap begitu sengit kerana masing-masing berbalas serangan. Keputusan perlawanan ini tidak dipastikan kerana masalah teknikal kerana tiada pengiraan khusus yang dibuat. Apa jua keputusan,bagi semua ft, itu tidaklah begitu penting tetapi nilai ikatan silaturahim itu adalah yang lebih diutamakan. Selain daripada untuk mengeratkan persahabatan dan silaturahim antara ft-ft daerah Kluang,perlawanan persahabatan ini juga adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerjaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat. Bersukan adalah gaya hidup yang sihat.
Memang best kitorang main malam tu. Macam-macam skil keluar, skil zidane, skil david bekem, skil ronaldinho, skil messi, skil ronaldo, skil terry, skil amri yahyah. Semua ada. Sori la kat FT Meor. Gua takda niat nak rembat bola kat perut lu itu hari. Tak sengaja beb.
Memang best kitorang main malam tu. Macam-macam skil keluar, skil zidane, skil david bekem, skil ronaldinho, skil messi, skil ronaldo, skil terry, skil amri yahyah. Semua ada. Sori la kat FT Meor. Gua takda niat nak rembat bola kat perut lu itu hari. Tak sengaja beb.